Smart Automation Grant (SAG MADANI)
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
Sehingga RM1,000,000
Ringkasnya
- Program ini untuk siapa?
- Syarikat diperbadankan di bawah Akta Syarikat dengan sekurang-kurangnya 51% ekuiti berkesan milik rakyat Malaysia, mempunyai Lesen Perniagaan sah daripada PBT, dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan.
- Berapa boleh dapat?
- Padanan 1:1 berdasarkan perbelanjaan layak, maksimum RM1,000,000 setiap syarikat. Projek mesti disiapkan dalam 18 bulan dari tarikh Surat Akuan Terima.
- Boleh guna duit untuk apa?
- Mesin, peralatan dan perisian automasi yang digunakan secara langsung dalam rantaian nilai pembuatan dan perkhidmatan.
- Perlu bayar balik?
- Tidak. Ini geran padanan.
- Ada geran padanan?
- Ya, padanan 1:1. Setiap RM1 anda belanjakan dipadankan dengan RM1, sehingga had.
Layak ke saya?
Nak tahu kalau anda layak?
Jawab beberapa soalan ringkas dan kami akan tunjukkan syarat mana yang anda sudah penuhi, mana yang perlu disahkan, dan mana yang tidak memenuhi.
Semak kelayakan sayaSyarat utama
- Diperbadankan di bawah Akta Syarikat
- Beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan
- Sektor pembuatan atau perkhidmatan
- Sekurang-kurangnya 51% ekuiti berkesan milik rakyat Malaysia
- TIDAK layak jika anda pernah diluluskan Industry4WRD Intervention Fund, SAG (MIDA/MDEC) atau DISF untuk pemodenan mesin
- Perlu memenuhi sekurang-kurangnya 2 Committed Deliverables
- Lesen Pembuatan atau Surat Pengecualian ML diperlukan bagi syarikat pembuatan
- Perbelanjaan sebelum Surat Akuan Terima TIDAK layak dituntut
- Status pembukaan 2026 — sahkan terus dengan MIDA
Kami hanya menyenaraikan syarat yang benar-benar terdapat dalam sumber kami. Agensi mungkin mengenakan syarat tambahan yang belum kami rekodkan.
Apa perlu sediakan?
Tandakan dokumen yang dah ada.
Ini senarai umum yang lazim diminta — ia belum disahkan untuk program khusus ini. Sahkan senarai sebenar di laman rasmi agensi sebelum menghantar permohonan.
Langkah demi langkah
Ini langkah umum bagi permohonan bantuan perniagaan, bukan prosedur rasmi program ini. Proses sebenar mungkin berbeza — ikut arahan di laman rasmi agensi.
Semak syarat
Pastikan anda memenuhi syarat asas yang disenaraikan di laman rasmi agensi.
Sediakan dokumen
Kumpulkan dokumen yang diminta. Imbas dalam format PDF yang jelas.
Daftar portal
Buka laman rasmi program dan daftar akaun pemohon jika perlu.
Lengkapkan permohonan
Isi maklumat perniagaan, jumlah dimohon dan tujuan penggunaan dana.
Hantar permohonan
Simpan nombor rujukan atau e-mel pengesahan yang diterima.
Susulan
Semak status secara berkala melalui portal atau talian rasmi agensi.
Sumber & pengesahan
Disahkan
- Maklumat terakhir disemak:
- 24 Ogos 2026
- Disahkan pada:
- 24 Ogos 2026
- Rekod dikemas kini:
- 24 Ogos 2026
- MIDA(buka dalam tab baharu)· disemak 24 Ogos 2026
- Garis Panduan Smart Automation Grant — MIDA(buka dalam tab baharu)· disemak 24 Ogos 2026
- Senarai awal dikongsi oleh @uncle.tiger di Threads(buka dalam tab baharu)
Program lain
- PEMBIAYAAN
Skim Pembiayaan TEKUN Niaga
RM1k – RM100k
Pembiayaan mikro RM1,000 hingga RM100,000 untuk usahawan Bumiputera, tanpa cagaran dan tanpa penjamin.
Status permohonan: Permohonan diterima sepanjang tahun - MIKRO
BSN Micro/i MADANI
RM2k – RM100k
Pembiayaan mikro RM2,000–RM100,000 tanpa cagaran untuk perusahaan mikro yang sudah beroperasi.
Status permohonan: Permohonan diterima sepanjang tahun - MIKRO
BSN Micro/i MADANI Sinar
RM2k – RM100k
Pembiayaan mikro RM2,000–RM100,000 untuk bekas banduan, bekas pelatih AADK, OKU dan pelatih PERKESO.
Status permohonan: Permohonan diterima sepanjang tahun